6 FAKTOR SERANGAN JANTUNG

JOM KENALI JANTUNG KITA DAN BAGAIMANA MENJAGANYA.

Jantung adalah satu organ badan yang sangat penting kepada kita. Jantung dibina dari otot-otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jalinan saluran darah yang mengelilinginya.

Bila jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi, seseorang itu akan mengalami serangan atau sakit jantung.

PUNCA KEKURANGAN BEKALAN DARAH KE JANTUNG KITA

  1. Punca utama ialah saluran darah menjadi sempit. 
  2. Ini disebabkan oleh dinding sebelah dalam salur darah diselaputi oleh lemak terutamanya lemak jahat atau lipoprotein berkerapatan rendah (LDL =Low Density Lipoprotein)
  3. Jika saluran darah menjadi sangat sempit, maka jantung tidak akan mendapat bekalan darah yang cukup. Ini akan mengakibatkan dada kita menjadi sangat sakit.
  4. Apabila saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Ini akan mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat dan lebih dikenali dengan serangan sakit jantung.
  5. Sekiranya kerosakan sangat teruk pada otot jantung, ia boleh membawa kepada kematian.
  6. Pastikan anda mendapatkan rawatan atau pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya ada mengalami sakit pada dada.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENINGKATKAN RISIKO SERANGAN JANTUNG

Jadi sebelum jantung anda rosak, lebih baik anda mencegahnya sebelum parah. Amalkan tips- tips berikut: 

1. Berhenti merokok

2. Kurangkan makan makanan yang tinggi lemak.

3. Bersenam selalu.

4. Dapatkan rehat yang cukup.

5. Makanlah ubat mengikut saranan oleh para doktor.

 

Penafian:
1. Artikel di atas hanyalah sekadar memberikan maklumat sahaja.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top