APAKAH GEJALA PENYAKIT KENCING MANIS / DIABETIS??

Saban tahun, pertambahan golongan penghidap penyakit kencing manis makin bertambah dan ia lebih menakutkan apabila terdapat pesakit dari kalangan kanak-kanak dan remaja.

Kencing manis akan menyebabkan kerosakan pada saraf dan ia adalah punca utama kegagalan buah pinggang dan buta. Selain itu, ia boleh menyebabkan kerosakan saraf yang teruk dan boleh menyebabkan kematian.

  • Adakah anda berada dalam situasi ini?
  • Adakah anak-anak anda termasuk dalam golongan diatas?
  • Adakah anda peka terhadap segala yang berlaku disekeliling anda?

Penyakit kencing manis mempunyai simptom dan gejala tertentu. Jika anda tidak pasti tentang keadaan ini, anda perlu sentiasa menghubungi doktor atau perunding kesihatan anda untuk mendapat kepastian.

 

Cara terbaik untuk mengesan kencing manis ialah dengan membuat pemeriksaan jika anda mempunyai gejala-gejala berikut:

  • Lapar atau dahaga yang melampau
  • Kerap kencing semasa tidur
  • Kerap kencing
  • Keletihan yang melampau
  • ‘Mood’ yang berubah-ubah secara abnormal
  • Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
  • Jangkitan kulat
  • Pigmentasi atau warna tidak sekata di bahagian-bahagian tertentu di badan

Takut kan bila baca tentang fakta mengenai penyakit kencing manis/diabetis ni. Ini baru sebahagian dari fakta, kita akan kupas dengan lebih lanjut mengenai penyakit ini di posting2 berikutnya.

Penafian:
1. Artikel di atas hanyalah sekadar memberikan maklumat sahaja.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top