5 tips mujarab untuk rawat kencing manis dengan selamat.

Makanan dan minuman berasaskan gula sememangnya sedap sehinggakan sesi makan bagaikan tidak lengkap jika tidak diakhiri dengan pencuci mulut.

Tapi apa yang tak bestnya bila kita kena kencing manis atau kadar kolestrol tinggi dalam badan, mulalah kena kerja overtime untuk kawal penyakit ni, bertambah risau kalau terkena penyakit 3 serangkai pula.

Bukan itu sahaja, kalau dibiarkan boleh menyebabkan sesak nafas, rasa kebas pada kaki dan tangan, bahkan kalau dibiarkan boleh mengakibatkan strok atau masalah kesihatan lain yang lebih serius.

Dalam post ini, saya akan kongsikan 5 cara mujarab untuk merawat kencing manis dengan selamat.

Punca Utama Berlakunya Kencing Manis?

  1. Pemakanan
    • Pengambilan makanan yang tinggi lemak, kurang serat dan dalam kuantiti banyak berkait rapat dengan penyakit diabetes yang menyerang sesiapa saja tanpa mengira usia.
  2. Berlebihan berat badan atau kegemukan.
    • Kegemukan melampau atau obesiti bukan setakat memberi impak negatif dari segi penampilan seseorang, tetapi juga menjejaskan kesihatan tanpa mengira latar belakang dan usia.
  3. Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
    • Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, ramai orang tidak cukup melakukan aktiviti fizikal seperti mana disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama 60 minit setiap hari.
    • Mereka lebih gemar duduk dua tiga jam tanpa melakukan sebarang kegiatan fizikal.
  4. Keturunan
    • Diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.

5 Amalan mudah yang boleh anda lakukan dirumah.

  1. Amalkan meminum cuka epal.
    • Beli cuka epal yang mempunyai mendapan di mana mendapan tersebut sebenarnya ialah serat epal yang mengandungi pectin.
    • Pastikan perut kita berada didalam keadaan kosong, campurkan 10gm cuka epal dengan segelas air dan ditambah gula. Amalkan minum campuran ini pada waktu pagi dan malam.
    • Cuka epal telah digunakan secara terapeutik sejak zaman berzaman untuk meredakan tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolesterol dan lemak, mencairkan darah, membantu penghadaman, memecahkan batu karang, melarutkan batu hempedu, dan menurunkan paras glukos darah.
  2. Amalkan meminum pati atau Jus delima.
    • Pastikan anda beli jus delima yang betul- betul asli, amalkan minum 1 sudu besar waktu pagi dan malam, boleh dilarutkan kedalam segelas air.
    • Antioksidan dalam delima, dua sampai tiga kali lebih kuat dibandingkan antioksidan pada teh hijau atau red wine. Rutin minum jus delima juga membantu memperbaiki aliran darah ke jantung.
    • Antioksidan dalam delima juga membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
  3. Amalkan meminum minyak Habbatus Sauda
    • Untuk mendapatkan kesan yang baik, ambillah 3-6g minyak habbatus sauda sehari dengan masa yang dijarakkan dengan sekata. Contohnya makan 1g minyak habbatus sauda setiap 4 jam. Jadi, dalam masa 24 jam kita akan memakan sebanyak 6g minyak habbatus sauda.
    • Pengambilan Habbatus Sauda dapat menstabilkan tekanan darah, mengelakkan risiko kanser, baik untuk kesihatan jantung, membantu tulang menjadi kuat, dan menjadikan kulit lebih sihat.
  4. Amalkan pengambilan goji berry.
    • Boleh diambil dalam bentuk buah atau meminum jus goji berry. Panaskan 3 atau 5 biji goji berry bersama air, biarkan ia sejuk pada suhu bilik. Seeloknya diamalkan pada waktu pagi, boileh juga dimakan bersama yogurt. Elakkan daripada kanak-kanak, lebih sesuai untuk pengidap yang lebih berusia.
    • Goji berry sangat bagus untuk merawat kencing manis, menjaga kesihatan jantung, menghalang tumbesaran tumor, melegakan sakit kepada dan pening serta membaik pulih dna dalam badan.
  5. Amalkan meminum campuran Superfood Bawang Putih, Madu, Lemon dan Halia.
    • Campurkan 5 ulas bawang putih bersama 1 biji lemon, 2 inci halia, dan 1 sudu besar madu asli. Hiris lemon, halia dan bawang putih secara nipis.
    • Didihkan air sebanyak 500ml, masukkan lemon, halia dan diikuti dengan bawang putih. Masak selama 10 minit dan biarkan ia sejuk. Campurkan madu dan masukkan kedalam gelas. Amalkan minum pada waktu pagi semasa perut masih kosong.
    • Campuran herba ini dapat menurunkan kadar kolestrol dalam badan, menjaga jantung serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

Dalam post ini, anda dah belajar 5 cara untuk merawat kolestrol dengan selamat supaya badan anda lebih sihat dan hidup lebih bahagia.

Penting untuk anda amalkan salah satu dari amalan dan petua diatas supaya kolestrol dapat dikawal serta dirawat dengan selamat.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel saya, jangan lupa untuk share post ini supaya dapat membantu orang lain yang menghadapi masalah ini. Pastikan anda like page saya dan subscribe pada blog supaya anda tidak tertinggal dengan tips, tricks dan petua yang akan bantu anda untuk hidup sihat dan lebih bahagia. Terima kasih dan jumpa lagi.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top